DEEPAGI

Takluki Pasaran dengan Bantuan Analisa Perbandingan Harga (Price Intelligence)

Mohammad Nurdin

Membina perniagaan e-dagang (e-commerce) dalam talian dan membangunkannya hingga berjaya adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun pelbagai cara diusahakan, namun tanpa perkembangan yang sihat mampu menjadikan usaha anda sia-sia.

Dalam erti kata lain, perniagaan haruslah tidak tertumpu kepada penciptaan, namun strategi pembangunan mesti dititikberatkan dalam perkembangan sesebuah perniagaan tersebut. Menurut pakar pemasaran, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan perniagaan anda. Namun, antara faktor-faktor tersebut, harga sesebuah produk dalam pasaran itu adalah kunci utama dalam menarik minat pengguna.

Norma pembelian iaitu apabila seseorang pembeli itu merasakan bahawa harga yang ditetapkan lebih tinggi sebagai asas kepada keputusan untuk tidak memilih sesebuah produk. Namun, sekiranya harga yang ditetapkan pula terlalu rendah daripada kebiasaannya, impak yang besar terhadap penjualan seperti kekurangan modal pusingan turut mampu membantutkan perkembangan perniagaan anda. Kedua-dua cara di atas membuktikan bahawa pemilihan harga yang tepat adalah kritikal bagi penjualan setiap produk dalam pasaran. Oleh yang demikian, keperluan Price Intelligence atau Price Monitoring adalah mustahak dalam era digital yang serba kompetitif kini.

Sebelum kita melihat dengan lebih terperinci, seeloknya jika kita kaji fakta-fakta tentang kepentingan penetapan harga yang tepat dalam perniagaan e-dagang.

Harga sebagai tanda aras pertama dalam pembelian:

94% pembeli membandingkan harga sebelum melakukan sebarang pembelian. (1)
60% pengguna menjadikan harga sebagai kriteria pertama yang mempengaruhi pembelian. (2)
54% pembeli menyatakan mereka akan melakukan pembelian apabila harga produk tersimpan di dalam troli pembelian yang ditawarkan berkurangan. (3)

Jadi, jelaslah bahawa harga sesebuah produk memainkan peranan penting dalam sesuatu pembelian dan menjadi faktor kejayaan dalam sesebuah kempen perniagaan.

Apakah itu Price Intelligence?

Daripada segi definisi, Price Intelligence merupakan satu kebolehan penjual dalam menjejaki harga sesebuah produk pada masa lepas, membanding harga dengan produk lain dalam pasaran dan menganalisa bertujuan membuat keputusan harga yang lebih tepat. Contohnya, penjual mampu membandingkan harga produk yang sama dan mengenalpasti sekiranya produk yang dijual tersebut adalah lebih murah di tempat lain.

Ini adalah kebarangkalian mengapa sesebuah produk yang dijual tidak menjadi pilihan pembeli dalam pasaran. Fikirkan, sekiranya anda dapat mengenalpasti kedudukan harga produk-produk anda dalam pasaran, sudah tentu anda dapat menetapkan harga yang tepat bagi menarik minat pembeli. Ini dapat mengelakkan kerugian kepada penjual dan mengelakkan produk anda tercicir dalam saingan.

Dengan Price Intelligence, anda mampu mengenalpasti gaya (trend) pasaran jauh kehadapan berbanding pesaing-pesaing anda. Walaupun analisa harga mampu dilakukan secara manual, teknologi Price Intelligence mampu membantu anda dengan lebih pantas, meluas dan automatik.

Kepentingan Price Intelligence?

Kita telah faham apa itu Price Intelligence dan statistik di atas membuktikan bahawa harga merupakan kriteria utama dalam pembelian sesebuah produk. Namun, adakah anda merasakan masa dan usaha mengenalpasti, menganalisa dan membandingkan harga produk anda secara manual adalah berbaloi?

Jom kita bincangkan!

Pertama, dalam era serba canggih dan pantas ini, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata. Persaingan yang kompetitif dan pantas boleh membuatkan anda jauh ketinggalan, sekirangan anda tidak mempunyai kelebihan berbanding pesaing anda dalam pasaran. Tambahan pula, dengan kemudahan akses ke dalam pasaran, anda berisiko terlepas pembeli dalam masa beberapa saat sahaja sekiranya harga yang ditetapkan tidak bersesuaian. Turut menjadi faktor penentuan apabila harga sesebuah produk dalam pasaran digital boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh yang demikian, menerusi Price Intelligence, anda mampu sentiasa berada di hadapan dengan akses tanpa had masa.

Dengan norma pembelian apabila harga adalah faktor kritikal, Price Intelligence akan sentiasa membantu anda untuk meletakkan produk anda sebagai pilihan terbaik di mata pengguna dan mampu menjana pendapatan yang konsisten.

Bilakah Price Intelligence sesuai untuk perniagaan anda?

Soalan yang biasa bermain di fikiran pengusaha perniagaan, bilakah waktu yang paling sesuai untuk mengadaptasikan perniagaan anda dengan Price Intelligence. Walaupun perbandingan harga bukanlah penyelesaian sejagat kepada semua jenis produk, tetapi kebolehan pengusaha perniagaan dalam mendapatkan akses kepada informasi dalam pasaran bukanlah satu kerugian juga.

Terdapat produk yang tidak mudah didapati dalam pasaran. Namun, jualan pada harga yang tinggi adalah pilihan yang bijak. Situasi sebgini dapat dilihat apabila produk anda tidak lagi relevan dalam pasaran, pengurangan harga hanya mampu memberikan bonus kepada pembeli.

Jadi, untuk siapakah Price Intelligence ini?

Kebaikan Price Intelligence

Manfaat pertama Price Intelligence adalah ia mampu mengekalkan kedudukan produk anda sebagai kompetitif dalam pasaran berbanding pesaing lain yang tidak  mengaplikasikan Price Intelligence

Apabila harga jualan produk anda menepati citarasa pembeli, sudah tentu produk anda menjadi pilihan utama pembeli berbanding produk lain

Dengan kedudukan yang tepat dalam pasaran, produk anda mampu bergerak pada tahap maksimum dalam pengurusan stok. Ini kerana Price Intelligence bukan sahaja membandingkan harga, ia juga mampu memberikan analisa terperinci tentang sesuatu produk, perincian dalam pasaran dan sejarah jualan produk tersebut. Ini akan membantu dalam merancang pengurusan stok anda bagi memenuhi permintaan
pasaran

Dengan bantuan Price Intelligence, anda mampu menetapkan kesesuaian produk anda mengikut arus permintaan pasaran. Penetapan diskaun pada masa yang sesuai dapat membantu anda membina minat pembeli

Perkara yang perlu dikenalpasti apabila menggunakan Price Intelligence

Data kajian yang digunakan haruslah sesuai dengan harga pasaran. Contohnya, jika julat data yang dibandingkan terlalu kecil atau jauh berbeza dengan purata harga pasaran, ini akan menyebabkan hasil cadangan Price Intelligence akan menjadi lebih tinggi daripada harga yang optimum. Jadi, data kajian haruslah diambil kira daripada pelbagai aspek dan mencukupi bagi mendapatkan cadangan yang lebih tepat.

Walaupun harga memainkan peranan penting dalam pembelian, namun sekiranya bekalan (supply) produk rendah dalam pasaran, penetapan harga yang lebih tinggi adalah pilihan yang terbaik bagi penjual. Ini kerana, pembeli akan menghadapi kesukaran untuk membandingkan harga. Seperti juga penghantaran produk ke kawasan yang lebih jauh, penetapan harga penghantaran yang tinggi tidak akan memberi impak yang besar terhadap pilihan pembeli.

Price Intelligence bukan sahaja berguna dalam membandingkan harga produk yang sama namun, turut meliputi produk-produk lain dalam kategori yang sama dengan produk anda. Adalah menjadi kebiasaan kepada pembeli untuk memilih produk yang serupa dengan produk yang dicari sekiranya memenuhi kriteria yang lain. Oleh itu, dengan membandingkan produk anda serta produk-produk dalam dalam kategori yang sama dapat memberikan impak kepada jualan dan keuntungan.

Sebagai tambahan, lihat pula bagaimana produk dapat dikategorikan kepada segmentasi dan kekerapan imbasan data kajian.

i-PCAE: Bagaimana ia berfungsi?

i-PCAE merupakan satu alat perisian Price Intelligence yang dapat membantu pengusaha perniagaan e-dagang dalam menyusun strategi penjualan produk mereka dalam pasaran, supaya produk lebih kompetitif dan berada pada kedudukan yang terbaik. Alat perisian ini mampu menjalankan analisa daripada segi harga produk pada masa-masa lepas dan memberikan gambaran kepada pengusaha. Ini bertujuan menetapkan harga dan strategi penjualan pada masa hadapan.

Langkah Satu: Memuatkan muka hadapan Sistem i-PCAE

Mulakan dengan mengisi data kepada muka hadapan sistem i-PCAE melalui laman web seperti dalam tangkapan skrin di bawah. Data yang diperlukan termasuk:

Langkah kedua: Lengkapkan perincian

Masukkan token yang diberikan, diikuti dengan kata kunci (keyword) yang anda mahu capai. Seterusnya, masukkan harga produk dan akhir sekali pilih sistem e-dagang yang anda mahu analisa.

Langkah ketiga: Pengesahan

Sila klik “Generate Report” supaya sistem dapat memulakan proses pengesahan analisa.

Langkah keempat: Sistem janaan pemberitahuan (notifikasi)

Setelah selesai pengesahan oleh sistem, analisis akan mula dijalankan di mana anda akan dimaklumkan melalui e-mel. Sekiranya pilihan kata kunci (keyword) tidak dapat dijana, sistem juga akan memaklumkan anda dan arahan untuk mencuba menggunakan kata kunci (keyword) lain akan dikeluarkan.

Langkah kelima: Janaan Laporan

Apabila analisa kata kunci (keyword) yang ditetapkan menghasilkan laporan, sistem akan menghantar mesej segera (promt message) kepada anda. Anda diminta untuk menunggu  sehingga proses analisa tersebut selesai.

Setelah laporan selesai dijana, anda boleh mula memuat turun (download) laporan dan mula mengkaji tanggapan (insights) yang dicadangkan. Anda boleh mendapatkan informasi berkenaan harga produk pada masa lepas, kedudukan harga terkini, perbandingan harga antara produk dan kategori analisa.

Berdasarkan hasil analisa di atas, anda boleh cuba menggunakan carian kata kunci (keyword) lain bagi mendapatkan hasil analisa yang berbeza.

Kesimpulan

Price Intelligence adalah satu jolokan penting dalam membantu pengusaha perniagaan e-dagang dalam usaha mendapatkan perincian produk termasuk carian harga produk pada masa lepas dan perbandingan lain. Dengan analisa produk dalam pasaran, anda akan berada pada kedudukan yang lebih baik dalam menetapkan harga produk anda serta menambahbaik jualan.

PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN!!

Rujukan:

  1. Intelligent Code (2020, November), Competitor Price Monitoring Software for eCommerce Profitability. Retrieved from https://www.intelligencenode.com/blog/how-price-monitoring-software-helps-retailers-maximize-profit/
  2. Kocak Yigit, (2017, December), Pricing Facts: Data From Consumers [Infographic Included]. Retrieved from https://prisync.com/blog/striking-pricing-facts-for-retailers/
  3. Basak Saricayir, (2020, February), Price Intelligence: Store’s Need to Have this Function. Retrieved from https://prisync.com/blog/every-company-needs-a-price-intelligence-function/
  4. Catherine, (2020, July), Pricing intelligence: what is it and why does it matter?. Retrieved from https://www.competitormonitor.com/blog/pricing-intelligence-what-is-it-and-why-does-it-matter/
  5. Springbord, (2018, September), Top Five Reasons Pricing Intelligence is Important to Retailers. Retrieved from https://www.springbord.com/blog/top-five-reasons-pricing-intelligence-is-important-to-retailers/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top